Selasa, 14 Julai 2009

Ciri Lelaki Yang Soleh


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Sumber: kamimuslim.blogspot.com

P/S; Penulis beranggapan, ciri-ciri ini wajar apa pada setiap insan bergelar lelaki. Bagi penulis, kita perlu muhasabah diriku adakah semua ciri-ciri di atas sudah ada atau pun tiada dlm diri kita. Sekiranya, tiada cuba usahakan untuk kita adakan tak perlulah semua, 3 pun memadai, namun dari semasa ke semasa kita 'upgrade'kan moga-moga kita mampu menjadi LELAKI YG SOLEH

Ciri-ciri Anak Soleh

Antara ciri-ciri anak yg soleh:

1.Mempunyai iman atau aqidah yang sempurna.
2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3.Menghormati ibu bapa, guru,orang tua, jiran dan kawan.
4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5.Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.
6.Memiliki akhlak atau moral yang baik.
7.Sentiasa berdoa kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T

Sumber: smkpenghulusaad.wordpress.com/

P/S: Teringat ibu penulis yang bersusah payah membesarkan penulis menjadi insan yang berguna. Semoga mampu membalas jasanya. Ameen.